Cinta Terlarang
Puisi Cinta
Disaat aku ingin melupakanmu
Kau kembali mengetuk dinding hidupku
Buat seketika aku terasa bagai mimpi
Aku bagaikan terleka dengan kehadiranmu
Hanyut dalam igauan cintamu
Bait-bait bicaramu memberi sirna ke dalam hatiku…
Sedangkan aku sedar aku sedang bermain dengan api
Aku sendiri keliru
Tentang perasaanku
Dan jua perasaanmu
Tetapi
Nurani wanitaku mengatakan
Perasaan kita serupa
Hanya masing-masing masih menyembunyikannya
Kerana antara kita
Masing-masing sedar akan benteng yeng menghalang
Cinta kita adalah cinta terlarang
Dikala kau memberi kias soal hati
Aku bagaikan tiada rasa apa-apa
Menolaknya tanpa perasaan
Sedangkan rasa hati pedih menahan perit
Tidakkah kau tahu
Sejak dahulu lagi rasa hati ini hadir
Sejak aku mengenalimu, ..Saat itulah ianya bercambah
Hanya yang mampu aku lakukan…mencintai dan merinduimu dalam diam
Pengirim : manja
0 komentar:
Post a Comment